Assalamualaikum..
Lama dah tak berkesempatan nak update blog. Sibuk sedikit sejak kebelakangan ni..hehe tetapi tetap cool sebab hati tengah berbunga sekarang. >,<
Entry kali ini permintaan dari akak tersayang, kak jamilah. Tak sangka dia sudi mengikut blog comel ni. =) Semoga entry kali ini memberi manfaat untuk semua..
Jom kita baca adab makan mengikut cara Nabi Muhammad SAW (Sunnah)
1. Membasuh kedua-dua tangan (Allah mudahkan membayar hutang)
2. Berkumur-kumur 3x dengan membaca A’uzubillah… (mudah mengucap bila hendak meninggal dunia).
3. Sabda Nabi yang maksudnya: “Mengambil air sembahyang sebelum makan itu menafikan was-was syaitan dan membaikkan penglihatan mata”.
4. Meletakkan hidangan diatas saprah.
5. Kalau ada buah, makan buah dahulu. (dapat vitamin C)
6. Amalan Saidina Ali ialah mencecah sedikit garam dengan jari manis kanan dan di makan (dapat menyembuhkan 70 jenis penyakit)
7. Duduklah dengan sopan
a) Duduk dengan meletakkan kedua lutut ke hadapan dan melabuhkan punggung diatas kedua tapak kaki,
b) Meninggikan lutut kanan dan duduk diatas kaki kiri. (menyihatkan badan)
8. Elakkan dari makan atau minum sambil berdiri, berjalan, baring dan bersandar. Sabda Rasulullah maksudnya: “Tidak aku makan kecuali bersederhana kerana aku hamba Allah, maka aku duduk seperti seorang hamba.”
9. Membaca doa sebelum makan
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.
10. Dahulukan orang yang lebih tua atau kanak-kanak
11. Mulakan 3x suapan dengan 3 jari. Kemudian makan seperti biasa. Suapan pertama baca Bismillah, kedua Bismillahirrahman dan ketiga baca sampai habis. (wajah Nampak sentiasa muda)
12. Makan beramai-ramai.
13. Ambil makanan yang paling hampir dahulu, barulah yang agak jauh.
14. Utamakan sahabat daripada diri sendiri.
15. Berniat dengan makanan itu mudah-mudahan dapat menambah kekuatan dalam mentaati Allah. Sabda Nabi bermaksud: “Berhimpunlah kamu kepada makanan supaya kamu diberi berkat didalamnya.” Sabdanya lagi: “sebaik-baik makanan ialah makanan yang berhimpunnya banyak tangan.”
16. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum Kenyan. (Nabi mencela orang yang banyak makan)
17. Tolong cebiskan makanan untuk sahabat lain (kongsi bersama)
18. Kalau bercerita hal dunia semasa makan, maka kebesaran dunia akan masuk ke dalam hati bersama makanan. Oleh itu kalau boleh bercerita tentang hal yang berkaitan agama.
19. Kalau tiada cerita, hendaklah zikir di dalam hati iaitu. Allahuma lakalhamdu walakashurkru
20. Makan bercerita dunia amalan Yahudi dan senyap sunyi ketika makan amalan Nasrani.
21. Kutip nasi yang jatuh di atas lantai kerana syaitan tahu nasi mana yang berkat itulah yang dibuangnya.
22. Jangan malu untuk makan/minta tambah.
23. Selepas makan hendaklah menyisip jari, bermula dari jari yang paling pendek hingga yang paling panjang. (enzim pada jari mempercepatkan penghadaman makanan)
24. Elakkan minum semasa makan kecuali tersedak/terpaksa.
25. Jangan membazir makanan.
26. Jika berlebihan, berilah makanan itu kepada haiwan lain seperti kucing ataupun ayam.
27. Minum air gunakan tangan kanan. Masukkan jari telunjuk ke dalam tangkai (jika ada) dan jari manis di bahagian bawah. (Boleh mengesan racun santau)
28. Jangan bernafas didalam cawan. (Boleh kena sakit jantung kerana menyedut gas karbon dioksida) sebaik-baiknya ulangi minum sebanyak 3x dengan membaca Bismillah..Alhamdulillah, Bismillah… Alhamdulillah, Bismillah… Alhamdulillah
29. Jika menggunakan tangan kiri, hendaklah dipangku dengan tangan kanan.
30. Sekiranya terlupa membaca Bismillah sebelum makan hendaklah membaca doa ini
بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلِهِ وآخِرِهِ
Maksudnya : Dengan Nama Allah yang memulai segalanya dan mengakhiri segalanya
31. Berlumba-lumbalah membasuh bekas yang digunakan oleh orang lain, kerana khidmat itu akan diberikan ganjaran seolah-olah membasuh Masjid Nabawi di Madinah.
p/s : Post entri kali ni sambungan dari ahklak Rasulullah yang sebelum ini Apple pernah post. to be continue =======>

Terima kasih Cik Apple
BalasPadamu r welcome Albaiti Jannati :)
BalasPadam