Annyeong Haseyo??? =) welcome to my blog.. Ahlan wa sahlan

10 Jenis Orang Islam Yang Kejam

Sufyan Athsauri berkata:
10 macam daripada kekejaman ialah:

Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukmin.

Seseorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

Seseorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat (Sunat tahyatul masjid)

Sesorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

Sesorang yang sampai disebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

Sesorang yang didaerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

Dua orang yang bertemu diperjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

Seseorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

Seoseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan