Annyeong Haseyo??? =) welcome to my blog.. Ahlan wa sahlan

Kenangan di Cameron Highland

Assalamualaikum

Kawan-kawan aku begitu bersungguh-sungguh untuk merealisasikan percutian yang kami rancang sekian lama..hehe dengan facebook dan email penyambung silaturahim kami sepanjang berjauhan, seorang di beranang dan putrajaya sudah cukup membuatkan kami rasa macam bercakap disebelah-sebelah jer.. Percutian yang dirancang sewaktu semester lepas akhirnya tercapai jugak..=) 29 september 2012 kami telah bertolak ke destinasi yang dituju.. tempat ini aku begitu excited nak pergi sebab tak pernah pergi lagi..hehe kesian kan.. =p

So sebelum pergi kena mintak izin dan restu orang tua kalo tak, tak sedap hati nak pergi la jawapnya..=) ofkos la mak mula-mula memang tak bagi..tentang keras.. sekarangkan musin hujan, kena plak mak baru lepas baca paper sinar yang mana pelajar uitm excident pergi Kelantan.. berita tu betul2 menakutkan emak.. adoii.. pujuk punya pujuk akhirnya mak izinkan juga aku pergi.. dengan syarat jangan hepi-hepi sangat waktu kat sana nanti..hehe setelah menurut perintah mem besar.. aku pon mesej kawan-kawan kata jadi.hehe yahoo dapat pergi camerooooonnnnnn


Pukul 3.30 pagi sabtu kami dah bangun bersiap-siap untuk pergi ke Cameron..hehe semua sepakat nak merasai keindahan waktu pagi di tanah rata Cameron Highland. Dengan mata yang tak boleh nak bukak coz malam tadi seyes tak boleh tido.. (maklumlah dah lama tak tido rumah kawan sorang ni) aku gagahkan jua la sebab kawn2 pon dah bangun,, sementara menunggu giliran untuk mandi.. aku tolong habiskan kerja kawan2 ku yang tertinggal iaitu buat sandwich.. sandwich ni bekalan dalam perjalanan nanti.

 sandwich sarden

Kami naik kenari Nur.. hope sampai dengan selamat. Perjalanan dimulakan dengan doa.. sekali-sekali aku menegur huda yang memandu supaya tidak laju-laju sewaktu memandu. Alhamdulillah perjalanan ke Cameron Highland berjalan dengan lancar. Walaupun dekat simpang pulai kereta terhuyung-hayang sedikit sebab ada kereta yang cuba memotong kereta kami di line kiri. Alhamdulillah semuanya selamat pergi dan balik.. mungkin berkat doa yang dimakbulkan Allah. Lagi2 ibuku yang sangat2 risau..hehe siap baca Yassin lagi supaya aku selamat pergi dan balik. Terima kasih mak..!!! =)

Semua dah ready, pukul 4 pagi kami meninggalkan Putrajaya dan menuju ke Cameron Highland. Kami berhenti di hentian rehat ape yer..aku pon dah lupe yang pasti disitu tidak menyediakan kemudahan surau..Cuma pondok yang diwakafkan untuk solat. Dengan keadaan pondok tersebut agak tak berapa sesuai untuk kami perempuan solat disitu. So kami meneruskan perjalanan kembali dan singgah di kawasan rehat tapah untuk menunaikan solat subuh. 



macam kat luar negara jer.. (hentian rehat)


Tepat jam 8.30 pagi kami dah sampai di Brinchang, Cameron Highland, sebelum menikmati keindahan pemandangan cameron highland kami breakfast dulu.. waktu keluar jer dari kereta memang sangat sejuk..walaupun matahari pagi dah munculkan diri tapi memang masih sejuk..Aku dan ros membeli nasi lemak sebagai alas perut, huda kuey tiaw dan nur... (ape yer lupe plak hehe sori tau..) =p


Yeay..! dapat makan...

Suasana dekat Cameron damai jer.. tak bising sangat.. memang boleh release tension la orang kate.. Selepas breakfast kami terus jalan2 dikawasan sekitar Kea Farm.. kawan2 ajak beli barang terus. So banyak jugak la yang aku dan kawan2 borong.. semua barang terasa comel... alas kaki strwaberry, bantal strawberry, pemotong strawberry, baju untuk kenangan.. buah strawberry dan banyak lagi la. Memang kena bawak duit banyak la kalo nak datang sini... (tapi kalo dah banyak kali datang xpayah la kot :p)

 shopping kat Kea Farm


 shopping sakan...! 


 strawberry segar



 Jom petik strawbery..~


tempat menarik yang boleh dilawati



fuhh..penat shopping~


Kalo nak rasa petik buah strawbery sendiri, kat sini lah tempatnya.. tapi aku dan kawan2 tak masuk pon..kami beli siap jer..hehe pastu perjalanan diteruskan ke ladang teh.. aku diberi info oleh adik angkat ku Fariha, yang ladang teh ada dua.. ladang teh bharat dan ladang teh boh.. n aku tak tau aku dah pergi ladang teh yang mana..aku ajak juga kwan-kwan pergi ke ladang teh yang satu lagi tapi masing-masing nampak macam dah penat.. tak jadila..



pemandangan kat ladang teh



cantikkan? =)


Jam dah menunjukkan pukul 1.30 petang, jalan menuju ke simpang pulai mula jem tapi jalan ke Hotel tak jem.. Alhamdulillah.. so terus check in n berehat sekejap dalam bilik.. Dapat bilik yang selesa la jugak.. walaupun bukan hotel 5 bintang tapi bagi aku hotel tu berbaloi dengan harga yang kami bayar. Aku pula dah mula rasa tak sihat..  pukul 3.30 kawan2 ajak keluar lagi.. gagahkan jugak nak pergi sebab bosan plak duduk dekat bilik..


 pasar malam di brinchang



  
rundingan sebelum membeli pokok bunga..


Kami pergi pasar malam dan kedai-kedai disekitar hotel yang kami menginap. Kat pasar ni unik sikit sebab banyak strawberi..hehe macam-macam la yang berkenaan strawberry, key chain strawberry,buah strawberry,dadih strawberry, aiskerim strawberry, dan paling penting strawberry coklat. Oleh kerana aku ni pembuat biskut,, so aku tak terliur pon tengok strawberry colkat tu...selain tu makanan seperti keledek goreng, keladi goreng pon banyak dijual, yang paling bestnya adik angkat ku, fariha ada pesan suruh aku beli kim cham (lily bud) die suruh aku cuba sebab die kata sedap.. so aku ada la beli sepeket.. balik rumah masak memang sedap.. goreng dengan tepung goreng pisang rasa  die lebih kurang keledek yang digoreng jugak. Makanan kegemaran macam taufufa tak ada pula dijual, dan yang jual air pon tak ramai. Yang ada satu kedai tu jual air kelapa.. no choice.. beli jugak.tapi rasa lain.. Erm Pukul 5.00 petang aku dah tak larat sangat2..mintak ehsan kawan2 nak naik bilik dulu..

Pukul 6 petang, lepas  mandi dengan air panas, makan n rehat lagi.. time ni memang rasa sejuk sangat… Ya Allah.. kesejukan menggigit2 kaki ni.. memang sejuk sangat la.. aku pakai skaf n tudung balik.. stokin kaki n tangan xlupe.. baju pula aku kenakan dua lapis..huhu.. rasa seram sejuk nak demam kot. Kawan2 aku semua dah perli aku macam tinggal kat rumah mak mertua sebab tutup semua..hehe  takpelah yang penting aku rasa tak sejuk dah..

Waktu malam di Cameron lagi lah sejuk.. air macam dalam perigi.. kawan2 ku bercadang untuk keluar aku pula baring dalam bilik sebab aku tak berapa sihat. Ntah bila aku tertidur yang pasti aku tido lena malam tu walaupun sejuk..pengalaman ni akan ku ingat sampai bila-bila, kena bawak sweater yang lebih tebal lagi..hehe

cactus..comel


Esoknya pukul 5 pagi kami dah turun dari Cameron.. kena cepat coz kami ada kelas Dr Hamzun pukul 10pagi tu.. kali ni ros pula yang tak sehat.. sempat juga aku urut supaya die sedikit lega.. kemudian kami berehat seketika ditapah.. breakfast lagi.. kemudian teruskan perjalanan.. tepat pukul 10 pagi kami sampai di fakulti.. Alhamdulillah, tercapai gak hasrat nak pergi Cameron..♥

2 ulasan: