Annyeong Haseyo??? =) welcome to my blog.. Ahlan wa sahlan

Apalah Guna Harta Melimpah Ruah



Mata pedih dan semakin mengecil, sekali lagi aku pergi cuci muka. Entah kenapa dua tiga hari ini asyik mengantok jer.. tapi aku belum boleh tidur sebab masih banyak perlu aku lakukan. Buku teks kemahiran berfikir perlu aku khatam sekurang-kurangnya satu bab. Tapi ini baru satu topik aku dah mengantok..huhu. Peperiksaan final akan menjelang tak berapa lama lagi. Aduh betul-betul mengantuk. Mata terpandang di rak majalah. Tangan segera mencapai majalah millennia muslim yang ke berapa ntah.. yang penting dapat hilangkan ngatukku ini..

Bosan. Pembacaan yang ke berapa kali dah. Selak lagi sampai lah dekat bahagian renung dan fikir. Tajuk dia”Apalah Guna Harta Melimpah Ruah”
Erm tajuk yang menarik. Betul apa guna harta melimpah ruah jika hati tak bahagia, apa guna harta melimpah ruah jika maruah tergadai, apa guna harta melimpah ruah jika sakit terlantar, apa guna harta melimpah ruah andai rumahtangga tak dapat diselamatkan. Hati ku memberi pandangan.aku meneruskan pembacaan.

Sebelum tidur atau sedang bermenung sendirian, pernahkah kita memikkan sama ada rezeki yang kita cari itu bersih daripada segala ajakan dan hasutan syaitan? Adakah rezeki kita yang diperolehi disaluti keberkatan? Benarkah kita mencari rezeki secara jujur dan tidak ada unsure penipuan? Ingatlah rezeki termasuk gaji bulanan dan yang diperoleh daripada perniagaan akan digunakan untuk menyara diri dan keluarga termasuk anak-anak dan ibu-bapa.

Sedarilah bahawa kekayaan dan harta melimpah ruah tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seola-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. 

 Astaghfirullah.. hati kecilku beristighfar.. mudahnya nak rasa cukup.. kerja jangan culas..inshaAllah sedikit jadi banyak..

Memang diakui, harta yang melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat. Namun untuk menggapai hasrat itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah jaminan keberkatan hidup yang sejati, malah belum boleh menjadi kayu ukur untuk hidup harmoni, bahagia dan tenang.

Allah berfirman, bermaksud:
“sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hambanya” Surah Asy-Syura, ayat 27.

p/s: Usaha untuk mendapat keberkatan bersyukurlah diatas apa yang dikurniakan Allah dan belanjakan harta pada jalan yang diredhai Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan