Dari Ali bin Abi Talib: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda
maksudnya; “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama
tujuh kali umur dunia”. Mereka adakah:
1. Orang yang gemuk tapi kurus
2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
3. Orang yang alim tapi jahil
Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa 3 golongan
manusia yang akan menerima seksaan di neraka jahanam selama 7 kali umur
dunia.
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui berapa juta tahun umur dunia
ini daripada mula penciptaannya sehingga berlaku hari kiamat. Huraian
untuk 3 golongan itu adalah seperti berikut:
a) Orang yang gemuk tapi kurus
~ Mereka ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat? Ramai wanita yang
meninggalkan solat terutama di akhir haidnya.
~ Wanita kurang mengambil perhatian sebahagiannya tidak begitu
perihatin. Contohnya, wanita yang bekerja di pejabat, apabila habis
darah haidnya jam 3 petang biasanya mereka tidak akan mandi hadas di
pejabat dan hanya mandi apabila pulang ke rumah.
~Hakikat sebenarnya, dia sudah meninggalkan solat fardhu wajib.
Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesibukan majlis
kenduri kendara.
~ Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang ditinggalkan semasa haid
atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya, di samping puasa wajib
dibayar dan dikenakan fidyah tetapi ramai wanita tidak mengambil berat
fidyah yang wajib ditunaikan.
~sebahagian wanita yang berkemampuan masih menangguh kewajipan
menunaikan fardhu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk
melancong.
b) Orang yang berpakaian tetapi telanjang
~Wanita yang cukup pakaian tetapi tidak taat pada agama seperti
wanita yang sempurna menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis,
jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan
menampakkan perhiasan di dada.
~Mereka seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang). Sesuailah dengan
hadis Nabi yang mengatakan wanita berpakaian seksi tidak mencium bau
syurga. Rasulullah bersabda maksudnya:”Ada dua golongan penghuni neraka
yang aku belum pernah melihatnya; lelaki yang tangan mereka menggenggam
cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukul orang lain dan wanita-wanita
yang berpakaian namun telanjang dan lenggang-lenggok. Kepalanya
bergoyang-goyang seperti bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan
tidak pula mencium bau syurga. Padahal bau syurga itu boleh tercium
dari jarak sekian dan sekian”. (Hadis Riwayat Muslim)
c) Orang yang alim tapi jahil
~Ulama yang menghalalkan perkara haram bagi kepentingan peribadi.
~Syarat layak digelar ulama adalah takutkan Allah.
~Seorang alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, di
sisi Allah mereka tidak layak digelar ulama walaupun manusia seluruhnya
memanggilnya ulama.
~Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal,
antaranya mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah
untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan
individu tertentu atau kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu
habuan dari sesiapa.
~Selain itu, takut kepada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa
hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan
ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu itu supaya manusia benar-benar
menerimanya sebagai panduan hidup.
~Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan diharamkan Allah
atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah atau membisu sahaja
walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya, maka
ulama seperti itu amat di benci olah Allah.
Marilah kita menginsafkan diri dan janganlah melakukan sesuatu yang
mendatangkan dosa kepada Allah. Buatlah amal soleh sebanyak-banyaknya
semoga kita menjadi mukmin yang sentiasa diredhai dan dirahmati Allah.
Kita diberi pilihan untuk memilih jalan yang lurus atau bengkok. Jalan
yang lurus adalah jalan ke syurga, sedangkan jalan yang bengkok adalah
jalan menuju neraka.
Oleh: Datuk Mohd Zawawi Yusoh

Tiada ulasan:
Catat Ulasan