Assalamualaikum..
Tik tok tik tok
Jam dah menunjukkan pukul 6 pgi..1 Syawal dah tiba.. Syukur Alhamdulillah dapat merasa hari ini..hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa. Setelah mengerjakan ibadah wajib solat subuh 2 rakaat aku cepat2 ke dapur mengambil 150 biji timphan, kek coklat moist, kek gula hangus, 1 balang semprit, 2 balang tart nenas, 1 balang chocoball, 1 balang almond london untuk dihantar ke rumah kawan mak.. Semalam aku tak sempat nak wat penghantaran coz kek xmasak lagi. Enjin kereta ku hidupkan dan kereta terus meluncur laju ke kampong Kubu Gajah. Suasana masih sunyi mungkin masing2 masih sibuk menyiapkan diri untuk sembahyang hari raya, setelah membuat penghantaran aku terus ke Kuang pula. 1 lagi kawan mak aku yang telah membuat tempahan. Matahari dah munculkan diri.. adalah kelibat2 manusia yang berjalan kaki menuju ke masjid. Yang perempuan menggayakan telekung sambil berjalan kaki manakala lelaki pula segak berbaju melayu.
Akhirnya sampai juga ku dirumah. Pagi hari ku sibuk didapur menyediakan sarapan dan panaskan lauk2 yang telah dimasak semalam. Selalu aku akan menyediakan kuah lodeh dimana bahan2 nya telah kusediakan semalam, tauchu pula ku tumis bersama kacang panjang dan sedikit hati yang telah digoreng, rendang masakan ibu kupanaskan, lontong pula ku potong2 kecil. Ibu, ayah dan dua hero sibuk bersiap2 untuk bersembahyang hari raya.
Tahun ni keluarga ku tak ada tema baju apa yang hendak digayakan..hehe sebab bila kakak tak ada semua rasa mcm malas nak beraya. So macam2 warna la yang mewarnai rumah ku pagi tu.. walaupun kakak ku tiada tetapi raya kali ini dapat ku sambut bersama2 dengan makcikku bersama 2 sepupuku yang masih kecil. Walaupun dua orang sahaja sepupu tapi kedatangan mereka tu riuh macam satu kampong dalam rumah ku…hehe
Macam2 soalan yang sepupuku kecil ku ajukan. Terubat sedikit rindu dekat Rabiatul Adawiyah dan Raudhah Amani.
Setelah habis solat hari raya saya dan adik2 akan memohon maaf kepada kedua ibu bapa kami.. sedih la time tu..huhu seterusnya kami menikmati juadah hari raya.. selalu dirumah ku pagi2 selepas habis solat jer terus ada tetamu , ada yang singgah dari kubur terus kerumah kami dan ada yang lepas solat terus ke rumah kami.. huhu budak2 pon pagi2 dah tercegat depan pintu rumah..huhu nak kutip duit raya..
Suasana pagi hari raya pasti ku rindui.. selagi masih dalam jagaan En Usman Salat dan Pn Mariani Budiman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan