Annyeong Haseyo??? =) welcome to my blog.. Ahlan wa sahlan

Yayasan Al-Jenderami


Assalamualaikum semua.. =)
Apa khabar? Harap semua sihat dibawah lindungan ALLAH SWT..
Hari ini nak cerita pasal Yayasan Al-Jenderami.. pernah dengar tak? Saya pernah melawat Yayasan ni 3 tahun yang lalu. Masih segar dalam ingatan. Saya cerita ini kerana saya tak sangka mak nab kesayangan saya akhirnya membuat keputusan untuk tinggal disana. =( Berita ini merupakan berita sedih buat kami pelajar taman asuhan An-Nur. Maklum la pengajian kami belum habis sepenuhnya tetapi mak nab.. nak pergi. Erm mungkin ada baik nya juga mak nab pergi ke sana selepas kematian suami beliau Allahyarham hj yusof tahun lepas mak nab macam selalu sedih je. Mak nab mungkin rasa keseorangan tinggal dirumah. Walaupun beberapa pelajar mak nab yang diberi kepercayaan untuk mengajar tetapi tak sama macam mak nab ajar. Saya pasti rindukan mak nab. Tetapi belum ada tarikh rasmi lagi pemergian mak nab. Saya harap sangat diberi peluang untuk terus mendapat ilmu dari beliau. Em Jom kita lihat apa yang best kat Yayasan Al-Jenderami ni…
Yayasan Al-Jenderami terletak dekat Jenderam Hilir agak jauh juga dari Sg Buloh. Yayasan ini adalah sebuah tempat membuat ibadat sepenuh masa buat sesiapa sahaja yang berminat. Terdapat rumah untuk anak-anak yatim dan warga emas yang ingin tinggal disini. Yayasan Al-Jenderami bukanlah tempat rumah orang tua – tua yang ditinggal kan anak2 tetapi kebanyakan penghuni kat sini semuanya datang dengan rela hati. Untuk terus beribadat tanpa gangguan. SUBHANALLAH.. best kan?
Kalau nak tau pasal Yayasan ni lebih lanjut boleh la lawat kat page ni..
http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan