Alhamdulillah..
Dua paper telah pun berlalu.. walaupun satu paper tu saya rase saya tak boleh menjawab dengan baik tapi saya bersyukur sebab sewaktu hari exam semuanya dipermudahkan. Sekali pun tak terlewat masuk ke dewan peperiksaan.. dan diberi kesihatan yang baik sepanjang minggu exam ni. Sesungguhnya nikmat dan pemberiaan Allah itu terlalu banyak untuk setiap hambanya bersyukur.
Ahad ni saya ada exam OB.. keletihan bertandang sebab buku rujukan berbahasa inggeris..beberapa hari ni saya sibuk “mentranslatekan” ke bahasa Melayu..Alhamdulillah sebab minggu ini banyak cuti so masa terluang saya gunakan sepenuhnya dirumah. Paper Ob kali ini berbahasa Melayu… sedangkan buku rujukan berbahasa inggeris.. saya fikir saya jer yang letih.. rupa-rupanya sahabat2 saya juga mengalami hal yang sama…masing2 meluahkan perasaan di muka buku..hehe agak lucu membaca status sahabat2 BBA.. semoga kesusahan kita pada hari ini merupakan kesenangan pada hari esok…InshaAllah
“Hidup memerlukan pengorbanan,
pengorbanan memerlukan perjuangan,
perjuangan memerlukan ketabahan,
ketabahan memerlukan keyakinan,
keyakinan pula menentukan kejayaan,
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”
pengorbanan memerlukan perjuangan,
perjuangan memerlukan ketabahan,
ketabahan memerlukan keyakinan,
keyakinan pula menentukan kejayaan,
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.”
Oh ye.. hari Ahad hari tu merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.. pelbagai sambutan seperti ceramah dan berarak dilakukan ditempat saya. Selawat dipanjatkan semoga Nabi juga mengingati saya satu hari nanti..saya baru jer selesai membaca majalah millenia muslim..kat sini saya selitkan sedikit dialog Rasulullah SAW dengan iblis laknatullah.. semoga bermanfaat ~
Orang yang paling dibenci iblis
Rasulullah SAW bertanya kepada iblis. :“kalau kau benar-benar jujur siapakah manusia yang paling kau benci?”
Iblis segera menjawab: “Kamu, kamu dan orang seperti kamu adalah makhluk Allah yang paling aku benci.”
“Siapa selepas itu?” Tanya Rasulullah.
“Pemuda yang bertakwa yang mengabdikan diri kepada Allah SWT.”
“Lalu siapa lagi.”
“Orang alim dan warak.”
“Selepas itu siapa lagi.”
“Orang yang selalu bersuci (dalam keadaan ada air sembahyang).”
“Siapa lagi.”
“Seorang fakir yang sabar dan tidak pernah mengeluh kerana kemiskinannya kepada orang lain.”
“Apa tanda kesabaranya?”
“Wahai Muhammad jika ia tidak mengeluh kerana kedaifannya kepada orang lain selama tiga hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar”
“Selanjutnya siapa yang engkau benci?”
“orang yang bersyukur.”
“Apa tanda kesyukurannya?”
“Ia mengambil kekayaan dari tempatnya, dan mengeluarkan juga dari tempatnya”.
Amalan yang menyakiti Iblis
Rasulullah SAW kemudian bertanya apa perasaan iblis ketika melihat umat baginda hendak mendirikan solat.
“Aku merasa seram sejuk dan gementar.”
“Kenapa?” Tanya Rasulullah.
“Sebab, setiap hamba yang bersujud sekali kepada Allah, maka Allah akan mengangkatnya satu darjat.”
“Jika seorang umat ku berpuasa?”
“Tubuh ku terasa terikat.”
“Jika ia menunaikan fardu haji?”
“Aku seperti orang gila.”
“Jika ia membaca Al-Quran?”
“Aku merasa meleleh laksana timah dia atas api.”
“Jika ia bersedekah?”
“Laksana orang itu membelah tubuhku dengan gergaji”
“Mengapa jadi begitu?”
“Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau daripada dirinya.”
“Apa yang memukul kepalamu?”
“Orang yang solat berjamaah.”
“Apa yang paling menganggu mu?”
“Majlis para ulama.”
“Bagaimana cara makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan jariku.”
“Di manakah kau menaungi anak-anakmu pada musinm panas?”
“Di bawah kuku manusia.”
Manusia yang menjadi teman iblis
Rasulullah SAW kemudian bertanya kepada iblis siapa yang menjadi teman-temannya. Lalu iblis menjawab:
“Pemakan riba.”
“Siapa sahabat karibmu?”
“Orang yang melakukan zina.”
“Siapa teman tidurmu?”
“Pemabuk.”
“Siapa utusan mu?
“Tukang sihir.”
“Apa yang membuat kamu gembira?”
“Bersumpah dengan cerai.”
“Siapa kekasihmu.”
“Orang yang meninggalkan solat Jumaat.”
“Siapa manusia yang paling membahagiakan kamu?”
“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.”
Demikianlah sebahagian daripada dialog Nabi Muhammad SAW dengan iblis yang boleh dijadikan iktibar, pedoman dan renungan buat kita semua..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan