Annyeong Haseyo??? =) welcome to my blog.. Ahlan wa sahlan

Hargailah




Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan,
orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan
tapi ada saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang
bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita
melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang
ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang
ketika kita merasa dia sangat istimewa dibandingkan dgn yang lain.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang
ketika kita takut tidak dapat menemukan yang seperti dia.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang
ketika begitu banyak saat-saat indah senantiasa terbayang di fikiran kita.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang
ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.
Ingatlah !!
Melepaskan bukanlah akhir dari dunia
melainkan awal dari suatu kehidupan baru…
Kita harus melepaskan seseorang
kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
Kita harus melepaskan seseorang
kerana kita menyedari yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
Kita harus melepaskan seseorang
kerana kita tahu jika Tuhan mengambil sesuatu,
Dia telah siap memberi yang lebih baik.
Kita harus melepaskan seseorang
ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
Kita harus melepaskan seseorang
kerana fikiran kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.
Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa…
namun kita telah memahami sesuatu…!
Segala sesuatu ada waktunya,
ada saat mempertahankan,
ada saat melepaskan…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan