Assalamualaikum..
Exam makroekonomi memang saya tak boleh buat. Huh memang ‘frust’ sangat² tak dapat jawab dengan baik. Saya memang dah berusaha tapi hasilnya @_@ tak seperti yang saya inginkan. Memang ‘down’ sangat. Tapi jap jer coz dapat mesej pembakar semangat dari insan yang saya hormati..tidak perlu dinyatakan disini biarlah ia menjadi rahsia saya dan dia. =)
Prepare untuk exam esok pula. Agaknya mencabar atau tak? Malam ni apa² hal kena study betul². Tak boleh tido. Faham!!!~ ye² jer..
Sebelum tu makan dulu ngan Ciku. Hanya kami berdua, kawan² yang lain keluar tak sampai lagi. Masak telur goreng 3 rasa. Festime saya buat resepi ni.hee~
Lepas jer habis makan tengok ‘Master Chef’ jap rancangan yang paling saya suka sekarang ni. Memang mencabar la tengok masakan yang dorang kena buat. Kalau bagi dekat saya pon belum tentu saya boleh buat. =p
Setiap
Sabtu-Rabu 21.00
Sabtu-Rabu 21.00
************
Seawal 5.30 pagi saya dah berjaga. Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan umur.. Siap² untuk berdating dan berkemas coz habis jer kelas terus naik tren untuk balik ke rumah.
Pemandangan putrajaya subuh².. tak bley tido balik.. saya dok sorang² kat beranda.. fuh seronok tengok suasana pagi.. damai jer rasa.. =)
Singgah breakfast di Cafe Lariz dekat Sg Merab. Breakfast kat sini memang seronok aneka juadah ada. Cakap jer nak sarapan ala melayu or western semua ada. Kalo diikutkan nak makan macam² tapi tak jadi la. Saya ambil salad dengan nasi goreng & air nescafe. Cukup la tu.
Umat Islam disarankan agar makan dalam kadar sederhana. (Mohonlah Hanya Pada-NYA, Iskandar Dzul Karnain H.M, Mohd Dzul Fadhli)
Wah!! ayat ni dapat dari buku.. buku motivasi terbaik saya.. ^,^
…dan makanlah serta minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya ALLAH tidak suka akan orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas) Surah al-A’araf
Lepas jer makan terus ke UKM.. Terus masuk dewan kuliah 2. Alamak kelas penuh dah. Kami lambat. Lepas ambil tempat duduk & dapat kertas. Doa & mula menjawab. Masa 1 jam setengah macam tak cukup plak. Maklum lah soalan semua in BI.. ambil masa sedikit nak faham. So far so good.. boleh buat. Tapi tak tahu la betul ke tidak. Tawakal yer Apple =)
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Habis jer exam lecture bagi balik.. wah balik awal lagi hari ni. Tapi belum boleh balik ada satu lagi kelas menanti selepas ini. Pergi teman strawberi kat PKP sebab dia nak tukar buku. Lepas tu kami singgah Library. Tepat 12.15 pm kelas En Azha pun bermula. Seronok masuk kelas lecture ni.. tak 'pressure' sangat. Habis jer kelas.. dating dulu & balik. Ciku hantar saya, strawberi dan kiwi ke ktm. Wah rezeki dapat tempat duduk. Alhamdulillah.. taklah penat sangat. UKM – Sg Buloh.. ambil masa satu jam tu menjadi satu jam setengah sebab tren asyik ‘stuck’ jer.. Apple pinjam buku tadi so dapat la hilangkan sikit keboringan yang melanda.hee
Sampai jer KTM Sg Buloh, cepat² call pakcik kesayangan suruh jemput. ^_^ tungu punya tunggu akhirnya o’om sampai. Balik tu mintak dia belanja air kegemaran.. Thanks
Macam² perasa ada tapi saya paling suka perasa honey dew..
thanks pakcik..

Assalam adikku Dya..^^ wahh..skg dah ade blog..leh la sharing2 nti..
BalasPadamWaalaikumussalam akak,
BalasPadamSubhanallah akk pon ade belog eyh..hehe
ok boleh jer..nnti sy follow akk ;)