11.11.11
Tweet² sms
“kawan² sila datang ke rumah hias bilik pengantin yer”
Hurm dpt msg dari sahabat baik…dia akan berkahwin ahad ni.. 13.11.11 oleh itu khidmat orang kreatif macam Apple memang diperlukan sangat².. hehehe perasan sekejap.^_~
Malam tu dengan semangat yang berkobar² nak datang rumah Norin.. tp sebelum tu dapat arahan dari my mak kena ambil Atos biru di klinik berdekatan. Atos biru buat hal lagi.. setiba di klinik feveret Atos biru.. Apple masih belum boleh ambil dia coz duit tak cukup..boleh auntie tu cas lagi.. tadi dengan my mak dia cakap harga sekian² bila Apple datang je harga sekian plak².. Adeh. Terpaksa la menunggu hero kesayangan datang hantar duit…sape lagi Badak Berendam la..
Jam dah menunjukkan tepat 7.19 p.m.. janji dengan Ina Rehan 7.40 p.m. bergegas balik. Setelah hero kesayangan hantar duit. Sebelum tu dating dulu.. itu yang penting.. Apple dah lewat. Maghrib sekarang awal.
Pin..pin…pin
Ina rehan dan Nur Lan dah sampai untuk menjemput tuan puteri..hehe
Sampai je dirumah Norin.. kami bertiga dipertanggungjawabkan untuk menghias bilik pengantin. Berhempas pulas kami tiga sahabat menghias bilik raja sehari ini. Memang seronok sebab dah lama kami tak berkumpul macam hari ini. Last jumpa raya puasa hari itu. Masing² sibuk dengan komitmen kerja dan keluarga. Masa² macam ni la yang Apple rindukan. ;)
Akhirnya setelah berhempas pulas berjaya juga bilik dihias.. dan tiba waktu makan.
Terima kasih mak Norin sebab masak sambal belacan yang memang sedap. Nur Lan memang kaki sambal belacan. Mana tak nya sambal belacan lagi banyak dari pada nasi dia..hehe.. Yang paling kelakar nya waktu Apple cepat² ingin menghabiskan telur dadar yang tinggal lagi secebis itu. Norin berebut. Coz Apple cakap
“insyaAllah dapat suami soleh”
Akhirnya kami kongsi. Semoga dapat suami soleh ;)
Acara seterusnya ialah memakai kan inai ke jari pengantin. takde inai macam tak seronok plak..
Gambir
Nasi
Serbuk teh
juga perahan limau
11.30 p.m
Balik rumah. Ngantoknyer… dating dulu dan tengok assignment yang belum siap. Esok kelas menanti..
12.11.11
Majlis marhaban di rumah pengantin perempuan. Apple tak dapat joint. Oleh kerana ada kelas seharian. Badan pon letih. Mintak maaf sesangat dekat Norin. Mesej dihantar. Alhamdulillah selamat Norin faham. =)
13.11.11
Hari yang ditunggu² telah tiba. Kawan yang selama ini membesar sama² akan jadi isteri orang sebentar sahaja lagi. Rasa macam tak percaya pon ada dia dah nak kahwin.. Status si dia dah berubah..Dia tak boleh keluar sesuka hati lagi.. apa² pekara kena dapat restu suami dulu. Mungkin hubungan kami tak kan serapat dulu. =(
Erm apa yang Apple fikir ni.. sepatutnya Apple gembira dihari bahagia dia. Erm smile Apple.
^________^
erm tu senyum atau sengeh..
Ukhuwahfillah tidak akan musnah
Walaupun ribut walaupun badai mendesak
Tautan erat tak mungkin patah dengan
Ismullah kita berbai’ah
Majlis akad nikah dilangsung kan di masjid Al-Huda. Sempat jugak Apple mendengar sedikit tazkirah dari imam Arsyad tentang tanggungjawab suami & isteri.
Antara tazkirah imam Arsyad yang Apple ingat ialah:-
1) Seorang lelaki WAJIB menunaikan solat lima waktu di masjid SUNAT dirumah. Manakala lebih afdal bagi wanita solat dirumah tetapi jika seseorang perempuan itu mahu menunaikan dimasjid jangan lah kamu menghalang nya.
2) Wajib seorang lelaki yang berkahwin mengajarkan ilmu agama kepada isterinya.. sekurang-kurangnya ilmu fardhu ain..dan jika tidak mampu bawa lah dia ke tempat² pengajian.
3) Jangan takut akan perkahwinan.. berbahagia lah kerana perkahwinan itu satu ibadah yang merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.
Akhirnya dengan lafaz akad nikah sahabat baik Apple sah menjadi isteri orang. Selamat menjalani fasa baru sahabat.
Doa buat mu
Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair
Tiada ulasan:
Catat Ulasan