Hari ini nak cerita pasal sifat marah. Sifat ini memang tak lari dalam hidup setiap insan. Ada yang marah bila haknya diganggu, ada yang marah apabila dia tidak mendapatkan sesuatu yang disukai walau apa pun yang menjadi penyebab seseorang marah ketahui la sifat marah itu boleh jadi sifat tercela dan juga sifat terpuji.
Marah yang terpuji adalah marah apabila agamanya dikeji dan dihina. Sekiranya kita tidak berasa marah apabila agama dihina, maka ia menjadi sifat tercela dan Allah akan murka kepada kita. Dengan sifat marah, lahirlah semangat untuk membela dan mempertahankan agama. =)
Sekiranya kita marah kerana peribadi kita disakiti, maka hendaklah kita tahan kemarahan tersebut. Ia merupakan sifat terpuji yang sepatutnya dimiliki oleh orang yang mengaku beriman.
Dalam Islam, orang yang disebut sebagai gagah perkasa bukanlah orang yang dapat mengalahkan orang lain, tetapi orang yang paling gagah ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah. Hal tersebut sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Bukanlah yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain, tetapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah”.
sumber: solusi


Tiada ulasan:
Catat Ulasan