Annyeong Haseyo??? =) welcome to my blog.. Ahlan wa sahlan

Ingat Tuhan Bila Susah



Hari ini fikiran Apple serabut sangat, banyak kali berzikir, Alhamdulillah tenang sikit. Lagi² dapat menatap muka Raudhah. Seronok tengok keletah dia.

Balik dari keje Apple dirumah.. tanggungjawab sebagai anak pula bermula. Kena masak hari ni sebab Raudhah demam Akak tak sempat nak masak untuk makan malam. Erm Apple masak sambal belacan, rebus bendi, potong timun dan masak telur sambal jer sebab tengahari tadi ayah ada beli ikan. Tinggal panaskan lauk ikan tu. 20 minit jer Apple masak. Cepat tak?hehe
Pukul 8pm ada kelas pula. Excited nak pergi sebab minggu lepas ponteng satu kelas..=p 
Setibanya dirumah Mak Nab pintu pagar berkunci.
 Adoi.. “tak de kelas ker?” tanya kat diri sendiri..
Handset Apple plak memang sengaja tinggalkan dekat rumah, takut tak fokus dekat kelas nanti. Kawan plak sorang pon tak sampai lagi. so nak tak nak kena patah balik ke rumah. Buat call dan Mak Nab kata kelas memang tak ada. Sedikit hampa sebab minggu lepas ponteng sebab nak siapkan tempahan. Minggu ni plak Mak Nab nak bercuti jaga cucu. Rasa rugi pula tak dapat datang minggu lepas. =(
***
Malam ni ada perlawanan bola sepak antara harimau dan garuda. Kalau suruh Apple pilih Apple pilih dua². Tak kisah mana² menang. Sebab dua² negara ni Apple suka. Tapi badak berendam, Ucu dan Akak memang hundred percent sokong rimau.hehe Oleh kerana Apple tak ada mood nak study hari ni so joint la tengok.
Seronok tengok keletah adik². Excited betul. Masing² ingat nama ahli pasukan. Apple jer yang terpinga-pinga tak tahu apa². Masa kumpulan rimau nak jaringkan gol semua teriak..
"gollllllll"
suara jiran sebelah pon sampai ke rumah Apple. Fuh!!! semua tengok bola nampak nya..Tu belum dekat kedai makan. Macam mana la suasananya. Kan bagus kalau tentang agama semua excited macam ni.
Apple tengok set pertama jer.. rasa macam buang masa plak.. sebab Apple banyak lagi kerja yang menanti. Masuk bilik. Tengok meja study. Assingment “Academic Communication” tak siap lagi. Tapi memang tak ada mood nak buat. So Apple baca buku yang Apple baru pinjam kat PTSL ahad hari tu. Nama buku tu “Bila Allah menduga kita” karya Syed Alwi Alatas.

Apple nak share satu cerita dalam buku ni... share sikit je sebab tak khatam lagi. ;)
Ada seorang pekerja bangunan seorang bekerja ditingkat bawah dan seorang lagi diatas. Tiba² pekerja ditingkat atas nak minta sesuatu dengan pekerja dibawah. Oleh kerana keadaan di tempat kerja tu bising so pekerja yang dibawah tak dapat dengar suara pekerja yang dekat atas. Pekerja yang diatas membaling duit syiling ke bawah dengan harapan pekerja dibawah mendongak keatas. Tetapi hampa.. pekerja dibawah ternampak duit syiling tersebut tanpa melihat ke atas beliau pun terus memasukkan ke dalam poket. Sedih dengan tindakan pekerja dibawah pekerja diatas membaling sekali lagi duit syiling. Tindakan pekerja dibawah sama seperti tadi. Bengang dengan tindakan pekerja dibawah, pekerja diatas membaling satu batu besar dan terkena kepala pekerja dibawah tadi. Baru lah pekerja dibawah mendongak keatas.
Moral dari cerita ini.. pasti semua tahu kan. Manusia selalu nya akan ingat Allah apabila dalam kesusahan. Tapi apabila dalam kesenangan ramai yang alpa. 
"Bagi orang mukmin itu semuanya baik, apabila diberi nikmat ia bersyukur, apabila ditimpa musibah ia bersabar, maka itu adalah baik bagi orang beriman"



3 ulasan:

  1. Tahniah HARIMAU MALAYA..hehe..walaupun ringkas tetapi sangat terkesan..semoga diri ini sentiasa mensyukuri nikmat-NYA.=)

    BalasPadam
  2. Amin.. Thanks dah tinggalkan jejak kat cni.. =p
    anyway bile ibndaud nk update blog sendiri ni..

    BalasPadam
  3. hehehe...tgh kumpul idea2 ni..=)

    BalasPadam